CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 24, 2009

Untuk Perhatian Hati..

Hati..
Kecoh satu kapilari darah
Yang engkau bergaduh dengan akal
sehingga akal jadi si munafik..

Hati..
Kenapa engkau siakan si pahala
Sedangkan dia hanya mahu engkau bahagia
dan kecapi erti tawadduk

Hati..
Kenapa kau selalu berduka
Sedang si jantung selalu di dakapanmu
memberi rasa khusyuk dalam dirimu

Hati..
Kenapa kau rosakkan si jiwa
Yang sedang nazak mahu bertaubat
Seharusnya engkau bantu dia
Ke jalan kudus

Oh hati
Cukup-cukup la kau penatkan si bebola mata
yang kera[ mengalirkan air deras
Membasahi epidermis wajah si khalifah

Oh hati..
Kembali la segera di rumah akal..
Agar sahabatmu,
sang khalifah bersemanagt semula

Oh hati..
Satukan kasih mu bersama saraf si tulang belakang
Agar mampu sujud lagi
Memohon rahmat Ilahi

Dan hati..
BERDIRILAH DI SAF PARA SAYAP MALAIKAT..
AGAR NYAWA DI HATI
KIAN BERSEMAYAM....
DI SYURGA MENANTI

Monday, April 20, 2009

SUKANEKA IPGM TAWAU+ SK PASIR PUTIH GEMPAK!!!!




Sabtu baru-baru nih..GERKO PISMP'09 wat acara SUKANEKA dengan semua warga SK Pasir Putih, Tawau. To all of them, terima kasih banyak2 sbb bg kerjasama yang tip top. Luv u SK PASIR PUTIH..aku sempat upload few pic utk orang tgk...rindu aku dgn budak2 kat sekolah tuh..

P/S: Tergelak sendiri aku tgk gambar2 sukaneka tuh..

Friday, April 17, 2009

BAJU SI NENEK..!!!


Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada petang jumaat. Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yang membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya. Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja!”.
“Tapi kau telanjang !!!???” marah si nenek .
“ini BAJU CINTA saya” balas si cucu perempuannya
“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan
“ya, suami saya menyukainya, saya juga begitu senang MEMAKAInya. Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek” pinta si cucu perempuannya.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dalam fikirannya mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini. Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea. fikirnya dengan mengikut cara cucu perempuannya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok yang sudah berumur. sesampai di rumah, si nenek tadi menanggalkan semua pakaiannya, mandi,berbedak dan memakai minyak wangi sewangi wanginya. kemudian si nenek tadi pun menunggu si atok pulang.

Berberapa ketika si atok tadi pulang, sebaik saja pintu di buka si atok mendapati si nenek berbogell kat depan pintu.

“kenapa dengan kau nie … buang tebiat???” marah si atok tadi.
“ini lah BAJU CINTA bang” kata si nenek tadi.
“BAJU CINTA???……kalau iye pun, iron la dulu baju tu”

P/SMoral story??cintailah baju anda...HAHAHA...

Tuesday, April 14, 2009

30 minute photoshot..







Ni la jadinya kalau da siap assignment…tak de keja carik keja…pic ni di ambik jam 11.45 mlm..wakakaka.. Ada chance ke jd model? Bole kot sbb tinggi aku 183cm..
hehe...actually that is my ambition when im child.but now..ah..forget it..my priority now is my study…but maybe one day I try to achieve what I’m dream when im child…ada aku kesah??cak..cak..cak..cak..

Tuesday, April 7, 2009

Murid gila VS cikgu bengang..

Cikgu Ahmad..merupakan guru bahasa Melayu. Dia mengajar budak darjah 3. Suatu hari..

Cikgu Ahmad: Murid-murid..hari ni ckg nak tanya tentang Antonim..

Murid A: Baik cikgu..

Cikgu Ahmad: ok..Bila cikgu sebut, kamu sebut antonim. kita mula dengan
antonim bagi
Panas

Semua Murid: Sejuk

Cikgu Ahmad: Besar

Semua murid: Kecil

Cikgu Ahmad: Banyak

Semua murid: Sedikit.

Cikgu Ahmad: Sedih

Semua Murid: Gembira

Tiba-tiba loceng berbunyi tanda kelas sudah berakhir.

Cikgu Ahmad: Kelas...masa tamat.

Semau murid: Kelas masa mula

Cikgu Ahmad: Cikgu nak keluar

Semua murid: Cikgu nak masuk.

Cikgu Ahmad: Sudah la tu..

Semua murid: belum la tu

Cikgu Ahmad: Cikgu nak keluar!!!!!!!!!

Semua murid: Cikgu nak masuk

Kamu ni. ##*%$#@*#!!!

Monday, April 6, 2009

BEBAN KERJA!!! @$$&(##%#



arghh!!!!tension aku..assigment byk sgt!!!! aku dah rasa tanda2 migrain di kepala ku..

Oh Tuhan..tlg la koma kan aku sekejap..agar aku boleh berehat..ngeeee
.

Wednesday, April 1, 2009

APRIL FOOL-Org Islam haram menyambutnya?

April fool acap kali disambut setiap tahun...sama ada yg beragama Islam atau sebaliknya...namun..sebenarnya..ada cerita di sebalik sambutan APRIL FOOL..sama-sama kita hayati..

Perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.
So..Kepada yg Muslim..adakah kita patut menyambut APRIL FOOL...??Fikir-fikirkan...